DIY repair kipas siling remote control
Bismillah hirRahmanir Rahim Semasa pindah rumah baru-baru ini, tiba-tiba sebanyak 5 biji kipas kawalan jauh rosak (gambar 1). Semua kipas yang ada sebanyak 11 buah. Membeli 5 biji kipas baru sebagai ganti memerlukan hampir atau lebih RM1k!! Saya membuka litar elektronik kawalan utama bahagian menerima (receiver) kipas tersebut. A. Alhamdulillah board utama litar (gambar 2) tidak terbakar. Motor kipas pula sangat susah untuk rosak. Maka ada dua kemungkinan besar. 1. Jika kipas berpusing tetapi sangat perlahan: Maka ia disebabkan oleh kapasitor hitam (gambar 3). Kipas saya menggunakan 2uF. Mempunyai wayar hitam dan merah bermakna ada +ve dan -ve. 2. Jika kipas tidak berpusing dan ada bunyi "tettt" ketika kawalan jauh ditekan: Ia disebabkan oleh kapasitor kuning (komponen warna kuning gambar 2). Kipas saya guna 1.5uF. Kapasitor jenis ini mempunyai kaki yang perlu disolder. Tiada +ve dan -ve bermakna mana-mana arah kaki boleh disambung. B. Jika papan litar uta...
Comments
Post a Comment